10 Trend Perniagaan Dobi Layan Diri pada 2024

10 Trend Perniagaan Dobi Layan Diri pada 2024

5 min reading

gambar dalaman kedai dobi layan diri dengan mesin kuning - facebook

Ringkasan: Industri dobi layan diri sentiasa berkembang dan trend baharu muncul. Pada tahun 2024, apakah trend perniagaan dobi layan diri?

Hari ini, dobi layan diri ialah industri berbilion dolar dengan kedai dobi beroperasi di negara-negara seluruh dunia. Ia adalah jenis perniagaan yang membolehkan pelanggan sendiri mencuci pakaian dengan mesin basuh dan pengering secara bayar setiap guna. Sedangkan dahulu, kedai kecil milik keluarga merupakan satu-satunya pilihan untuk servis dobi.

Di Malaysia, ramai orang yang tinggal di kondo dan pangsapuri yang tidak mempunyai mesin basuh telah memacu perkembangan industri dobi layan diri. Oleh itu, kedai dobi macam ini telah muncul di kawasan bandar sepanjang dekad kebelakangan ini, sama ada francais atau pembukaan sendiri.

Memandangkan semakin ramai pemilik perniagaan dalam industri dobi layan diri, fahami trend yang telah muncul supaya anda tidak ketinggalan:

1. Loker Dobi

Loker dobi: Dengan mempunyai loker dobi, anda boleh menawarkan dobi perkhidmatan penuh tanpa mengupah staf dan mengubah suai kedai. Pelanggan boleh drop off pakaian kotor mereka ke dalam loker dan syarikat loker ini akan membersihkannya, melipat/ mengantung sebelum dikembalikan semula. Jadi, daripada bergantung kepada hasil perniagaan layan diri sahaja, loker dobi boleh memberikan jualan tambahan. Ia sesuai untuk pelanggan yang tidak mahu menunggu atau mempunyai pakaian yang perlu dry clean.

laundry locker beside vending machine at Camellia

Melabur Smart Loker Dobi

Ad Sama seperti dobi layan diri, tetapi lebih berpatutan. Kini anda boleh menjana pendapatan tambahan dari keselesaan rumah.

2. Sistem Pembayaran Digital

Sistem pembayaran digital: Sistem pembayaran digital membolehkan pelanggan membayar menggunakan kaedah selain daripada syiling. Ia termasuk kad debit, kad kredit, e-wallet dan bank transfer. Oleh sebab itu, proses pembayaran menjadi lebih mudah untuk pelanggan dan mengurangkan keperluan mereka untuk membawa syiling. Bagi pemilik kedai dobi, ia membantu dalam pengurusan dengan menghilangkan keperluan untuk mengumpul dan mengira syiling. Pada masa yang sama, meningkatkan kecekapan dan cash flow perniagaan.

3. Sistem Pengurusan Dobi

Sistem pengurusan dobi: Sistem pengurusan dobi menggunakan kamera, sensor dan software supaya pemilik kedai dobi boleh memantau dan mengurus perniagaannya di lokasi terpencil. Ia berfungsi bersama-sama dengan smart mesin basuh dan kering. Smart mesin akan mengumpul data daripada penggunaan pelanggan dan memaparkan data tersebut dalam sistem pengurusan dobi. Pemilik boleh memahami maklumat tentang sales, penggunaan mesin, maintenance tracking dan keselamatan.

Iklan

banner sertai kumpulan facebook dobi
mobile banner sertai kumpulan facebook dobi

4. Smart Mesin

Smart mesin: Smart mesin ialah mesin basuh dan pengering yang dipasang dengan teknologi canggih supaya boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan pemilik perniagaan. Sesetengah ciri termasuk diagnosis mesin, remote monitoring, mesin penggunaan tracking, payment integration and predictive maintenance. Secara keseluruhan, ia membantu pemilik perniagaan dengan memberikan data penting, mengesan dan menangani isu, mengurangkan downtime dan memudahkan proses pembayaran.

Iklan

latihan dobi square banner
latihan dobi mobile banner

5. Mobile atau Web Aplikasi

Mobile atau Web Aplikasi: Mobile atau web aplikasi boleh menghubungkan pelanggan dengan perkhidmatan kedai dobi layan diri. Pelanggan boleh membayar online, menjejaki status basuhan dan menerima notification apabila pakaian mereka sudah siap. Selain itu, sesetengah kedai dobi menawarkan loyalty program dengan menggunakan aplikasi. Pelanggan boleh memperoleh point, ganjaran atau diskaun selepas penggunaan mereka, menjadikan lawatan ke kedai dobi lebih menarik.

6. Eco-Friendly Inisiatif

Eco-friendly inisiatif: Terdapat permintaan yang semakin meningkat untuk kedai dobi eco-friendly. Oleh itu, beberapa kedai dobi menawarkan pilihan detergen dan pelembut eco-friendly untuk pelanggan. Produk pembersih tersebut diperbuat daripada bahan terbiodegradasi dan akibatnya menghasilkan lebih sedikit bahan pencemar berbanding produk konvensional.

7. Service-Oriented Perniagaan

Service-oriented perniagaan: Service-oriented perniagaan bermaksud kedai dobi layan diri yang menawarkan melebihi jenis pencucian dan pengeringan DIY. Sebaliknya, ia memberikan perkhidmatan tambahan yang bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Contohnya, kedai dobi layan diri boleh menawarkan cucian kering, pengubahan pakaian, wash and fold servis, pick up & delivery dan vending mesin. Dengan perkhidmatan tambahan ini, kedai dobi boleh membezakan daripada pesaing mereka sambil memberikan kemudahan dan nilai yang baik kepada pelanggan.

8. Konsep Perniagaan Baharu

Konsep perniagaan baharu: Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kedai dobi yang telah memulakan konsep perniagaan baharu seperti kafe dobi (pelanggan boleh menikmati minuman atau makanan sambil menunggu dobi mereka) dan dobi kontena (guna semula kontena penghantaran untuk perniagaan dobi layan diri). Oleh kerana lokasi yang baik adalah terhad, pemilik dobi laya diri mencari cara yang berbeza untuk menubuhkan kedai mereka. Contohnya, ada yang menemui cara untuk beroperasi di dalam stesen minyak dan kondo/apartmen.

9. Mesin Basuh dan Pengeringan 2-in-1

Mesin basuh dan pengeringan 2-in-1: Mesin 2-in-1 menggabungkan fungsi mencuci dan mengeringkan dalam satu mesin. Ia menjimatkan ruang kerana ia menghilangkan keperluan untuk dua peralatan berbeza untuk mencuci dan mengeringkan. Pelanggan boleh menjimatkan masa dengan menyelesaikan cuci dan kering satu kali. Tidak seperti mesin yang digunakan dalam rumah, yang komersial itu boleh handle load yang besar dan penggunaan yang lebih kerap. Mereka juga lebih tahan lama dan mempunyai lebih banyak komponen heavy duty seperti dram stainless steel dan motor yang lebih berkuasa.

10. Reka Bentuk Pengubahsuaian yang Menarik

Reka bentuk pengubahsuaian yang menarik: Pengubahsuaian terbaharu di kedai dobi layan diri tertumpu terutamanya pada memberi pengalaman pelanggan yang moden, mesra dan cekap. Sebagai contoh, sediakan beberapa stesen layan diri (tempat yang ditetapkan untuk pelanggan melakukan lipatan dan ironing), tempat duduk yang selesa dengan WIFI dan pilihan hiburan (seperti TV dan majalah), dan lampu LED untuk menerangkan tempat supaya kedai kelihatan mesra.

cucian kering francais ebanner rectangle
cucian kering francais square ebanner (1)

Kesimpulannya, industri dobi layan diri akan terus berkembang kerana lebih ramai orang mahukan servis dobi yang berpatutan dan mudah. Bagi usahawan, dobi layan diri boleh memberikan peluang perniagaan kos dan berisiko rendah. Dan konsep dan trend baharu ini boleh membantu kedai dobi menonjol dalam pasaran yang sesak dan menarik pelanggan baharu.

Ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa tidak semua kedai dobi boleh melaksanakan semua trend ini. Walau bagaimanapun, memahami mereka boleh membantu pemilik kedai dobi dan usahawan untuk terus berdaya saing dan meningkatkan prestasi perniagaan mereka.